Harga Rumah Bandar Baru Uda VS Mount Austin: mana sebenarnya lebih kuat?
Secara umum, Mount Austin lebih mudah dikaitkan dengan premium lifestyle dan produk moden. Bandar Baru Uda pula mempunyai kelebihan kawasan matang, akses bandar dan komuniti yang sudah established. Tetapi untuk pemilik yang mahu menjual, nama taman sahaja tidak cukup untuk menentukan harga rumah. Jenis unit, saiz, condition, renovation, lot, pegangan dan lokasi mikro masih boleh mengubah harga dengan ketara.
