| Julat Harga Pertengahan | Transaksi pertengahan landed Bandar Baru Kangkar Pulai sekitar RM500k – RM670k. | Transaksi pertengahan landed Taman Universiti sekitar RM365k – RM500k. | Kangkar Pulai boleh masuk segmen lebih tinggi, tetapi Taman Universiti lebih mudah tarik pembeli bajet sederhana. |
| Median Harga | Sekitar RM562k untuk landed Bandar Baru Kangkar Pulai. | Sekitar RM420k untuk landed Taman Universiti. | Harga Kangkar Pulai lazimnya perlu disokong dengan kelebihan rumah seperti saiz, kondisi dan lokasi fasa. |
| Jenis Rumah Popular | Teres 1 tingkat, teres 2 tingkat, cluster, semi-D dan rumah fasa baru. | Teres 1 tingkat, teres 2 tingkat, rumah lama yang sudah renovate, serta lot strategik berhampiran kemudahan. | Produk lebih moden boleh justify harga lebih tinggi; rumah lama perlu menang pada lokasi dan keadaan. |
| Kematangan Kawasan | Sedang berkembang dan semakin menarik untuk pembeli yang mahu kawasan Pulai, Skudai dan Iskandar Puteri. | Kawasan matang, sudah dikenali dan mempunyai kemudahan lengkap. | Taman Universiti lebih mudah difahami pembeli; Kangkar Pulai perlu marketing yang terangkan potensi dan kelebihan fasa. |
| Tarikan Lokasi | Akses ke Pulai, Skudai, UTM, Iskandar Puteri, Gelang Patah dan laluan sekitar Kulai/JB. | Berdekatan UTM, Jalan Skudai, Pontian Highway, kedai, pasar, bank, restoran dan kemudahan harian. | Lokasi Taman Universiti kuat untuk permintaan harian; Kangkar Pulai kuat untuk pembeli yang mahukan ruang dan pembangunan baharu. |
| Profil Pembeli | Keluarga muda, pembeli upgrade, pembeli mahukan rumah baru/lebih luas, dan pembeli yang bekerja sekitar Iskandar Puteri atau Skudai. | Keluarga tempatan, staf, pelabur sewaan, pembeli yang mahu kawasan established dan akses kemudahan cepat. | Strategi iklan perlu berbeza: Kangkar Pulai jual potensi + reka bentuk; Taman Universiti jual kemudahan + kestabilan. |
| Kelebihan Jualan | Boleh tonjolkan layout moden, kawasan lebih lapang, rumah lebih baru dan suasana kediaman yang lebih tersusun. | Boleh tonjolkan lokasi matang, UTM, kemudahan lengkap, akses mudah dan komuniti sedia ada. | Copywriting iklan perlu ikut kekuatan sebenar kawasan, bukan sekadar letak harga tinggi. |
| Risiko Salah Letak Harga | Jika terlalu tinggi, pembeli akan banding dengan fasa baru atau rumah lebih besar di kawasan berdekatan. | Jika terlalu tinggi, pembeli mudah jumpa banyak rumah pembanding kerana kawasan matang ada banyak listing. | Kedua-dua kawasan perlu semakan harga transaksi, bukan hanya ikut harga iklan jiran. |