Ramai pembeli nampak harga rumah sahaja, tetapi terlepas pandang kos sebenar seperti deposit 10%, booking fee, baki deposit semasa SPA, duti setem MOT, duti setem loan, fi guaman, valuation dan kos buffer. Guna kalkulator ini untuk buat anggaran awal sebelum pilih rumah, submit loan atau bayar booking.
Masukkan harga rumah, margin loan dan booking fee. Kalkulator akan anggar cash yang perlu disediakan.
Nota: Ini anggaran awal untuk pembeli. Jumlah sebenar bergantung kepada bank, peguam, valuer, jenis hartanah, harga adjudikasi, pakej developer, margin loan sebenar dan kelayakan pengecualian.
Deposit rumah bukan sekadar “duit tanda jadi”. Ia berkait terus dengan margin loan, kemampuan tunai, kelayakan pinjaman dan kos guaman semasa proses jual beli.
Jika loan lulus 90%, pembeli biasanya perlu sediakan 10% daripada harga rumah. Contoh rumah RM450,000, deposit asas ialah RM45,000 sebelum mengambil kira kos lain.
Booking fee biasanya sebahagian daripada deposit, bukan kos tambahan. Jika booking 3%, baki deposit perlu diselesaikan semasa tandatangan SPA.
Jika bank beri margin 90%, deposit lebih rendah. Jika margin jatuh kepada 85% atau 80%, pembeli perlu tambah cash sendiri.
Formula paling mudah ialah: Deposit = Harga Rumah - Jumlah Pinjaman. Jika harga rumah RM500,000 dan loan 90%, pinjaman ialah RM450,000. Maka deposit asas ialah RM50,000.
Gunakan jadual ini untuk faham kenapa “cukup deposit” sahaja belum tentu cukup untuk beli rumah.
| Komponen | Cara Anggaran | Kenapa Penting |
|---|---|---|
| Booking Fee | Lazimnya 2% hingga 3% daripada harga rumah, bergantung kepada terma tawaran. | Menunjukkan komitmen awal pembeli dan biasanya menjadi sebahagian daripada deposit. |
| Baki Deposit SPA | Jumlah deposit 10% ditolak booking fee yang telah dibayar. | Perlu disediakan ketika tandatangan Sale & Purchase Agreement. |
| Duti Setem MOT | Berdasarkan kadar bertingkat 1%, 2%, 3% dan 4% mengikut nilai hartanah. | Kos besar yang terlibat untuk pindah milik hartanah kepada pembeli. |
| Duti Setem Loan | Anggaran 0.5% daripada jumlah pinjaman perumahan. | Dikenakan pada perjanjian pinjaman bank atau pembiayaan. |
| Fi Guaman | Anggaran berdasarkan skala SRO 2023 untuk SPA dan dokumen pinjaman. | Peguam urus SPA, pindah milik, dokumen bank dan penyempurnaan transaksi. |
| Valuation | Bergantung kepada panel valuer dan nilai rumah. | Bank gunakan valuation untuk tentukan nilai pinjaman yang boleh diberi. |
| Buffer Tambahan | MRTA/MRTT, takaful, renovation kecil, pindah rumah, bil utiliti dan kos kecemasan. | Mengelakkan pembeli terlalu ketat cashflow selepas loan lulus. |
Pembelian rumah bukan hanya soal cukup deposit. Pembeli perlu tahu harga munasabah, bank value, kelayakan loan, risiko topup, dokumen, timeline SPA dan strategi rundingan. Adi membantu proses ini dengan pengalaman hartanah Johor, semakan nilai pasaran dan jaringan bank serta peguam yang lebih tersusun.
Gunakan pautan ini untuk tambah pemahaman tentang nilai rumah, proses jual beli, loan dan pasaran hartanah Johor.
Jawapan ringkas untuk bantu pembeli buat keputusan dengan lebih yakin sebelum bayar booking.
Hantar harga rumah, lokasi dan anggaran loan. Adi boleh bantu semak anggaran deposit, risiko topup, nilai pasaran dan langkah seterusnya sebelum buat keputusan.
Hantar detail rumah anda dahulu. Saya bantu semak anggaran nilai pasaran dan cadangkan langkah yang lebih sesuai sama ada anda mahu jual sekarang, tunggu masa yang lebih baik atau susun strategi harga terlebih dahulu.