Ramai pembeli hanya kira 10% deposit, tetapi terlupa kesan margin loan, bank value, booking fee, baki deposit masa SPA, duti setem, legal fee dan kos sampingan. Panduan ini bantu anda kira dengan lebih realistik sebelum terus bayar booking.
Masukkan harga rumah, anggaran bank value dan margin loan. Kalkulator ini akan kira jumlah loan, deposit tunai sebenar, booking fee, baki deposit masa SPA, stamp duty MOT dan stamp duty loan agreement.
1) Loan = Nilai yang bank terima × Margin Loan
2) Deposit Tunai = Harga Beli Rumah - Jumlah Loan
3) Booking Fee = Harga Beli Rumah × 2% atau 3%
4) Baki Deposit SPA = Deposit Tunai - Booking Fee
5) Cash Sedia Ada = Deposit Tunai + MOT Stamp Duty + Loan Stamp Duty + Legal Fee + Valuation + Buffer
Jika harga rumah RM500,000 dan loan lulus 90% berdasarkan nilai RM500,000, deposit asas ialah RM50,000. Tetapi jika bank value hanya RM460,000, loan 90% dikira atas RM460,000, bukan RM500,000. Jadi pembeli perlu sediakan beza harga sebagai topup tunai.
Deposit rumah ialah jumlah tunai yang perlu disediakan oleh pembeli kerana bank biasanya tidak membiayai 100% harga rumah. Dalam transaksi subsale, deposit sering dipecahkan kepada booking fee dan baki deposit semasa tandatangan Sale & Purchase Agreement.
Bayaran awal untuk menunjukkan komitmen membeli. Lazimnya sekitar 2% hingga 3% daripada harga rumah, bergantung terma tawaran dan rundingan.
Jika jumlah deposit ialah 10% dan booking sudah dibayar 2%, baki 8% biasanya disediakan ketika proses tandatangan SPA.
Berlaku apabila margin loan rendah atau bank value lebih rendah daripada harga beli. Ini bahagian yang ramai pembeli terlepas pandang.
| Harga Rumah | Margin Loan | Anggaran Loan | Deposit Asas | Booking 2% | Baki Deposit SPA |
|---|---|---|---|---|---|
| RM300,000 | 90% | RM270,000 | RM30,000 | RM6,000 | RM24,000 |
| RM500,000 | 90% | RM450,000 | RM50,000 | RM10,000 | RM40,000 |
| RM500,000 | 80% | RM400,000 | RM100,000 | RM10,000 | RM90,000 |
| RM700,000 | 70% | RM490,000 | RM210,000 | RM14,000 | RM196,000 |
Dengan pengalaman hartanah, semakan nilai pasaran, urusan bank, consent dan proses jual beli subsale, Adi bantu susun kiraan supaya keputusan lebih jelas sebelum pembeli atau pihak transaksi bergerak ke peringkat seterusnya.
Baca juga panduan berkaitan supaya kiraan deposit rumah lebih tepat sebelum membuat keputusan.
Selain deposit, pembeli perlu sediakan bajet untuk duti setem pindah milik, duti setem perjanjian pinjaman, legal fee, valuation fee, insurans/takaful dan kos kecil lain. Jumlah sebenar perlu disahkan dengan bank dan peguam.
Kadar berperingkat mengikut harga atau nilai pasaran hartanah.
Biasanya dikira berdasarkan jumlah pembiayaan yang diluluskan.
Bergantung quotation peguam, jenis transaksi dan disbursement.
Diperlukan bank untuk menilai hartanah sebelum disbursement loan.
Jika loan lulus 90% dan bank value sama dengan harga beli, deposit asas ialah 10% daripada harga rumah. Jika margin loan lebih rendah atau bank value rendah, deposit tunai sebenar akan jadi lebih tinggi.
Ya, biasanya booking fee dikira sebagai sebahagian daripada deposit. Contohnya harga rumah RM500,000, deposit 10% ialah RM50,000. Jika booking 2% sudah dibayar RM10,000, baki deposit semasa SPA ialah RM40,000.
Bank biasanya melihat nilai yang diterima untuk pembiayaan. Jika bank value lebih rendah daripada harga beli, jumlah loan boleh menjadi lebih rendah dan pembeli perlu topup beza tersebut menggunakan tunai.
Secara umum, pembiayaan rumah ketiga dan seterusnya boleh tertakluk kepada had LTV lebih rendah. Kelayakan akhir tetap bergantung kepada polisi bank, profil peminjam, DSR, CCRIS dan dokumen pendapatan.
Ya. Selain deposit, sediakan juga bajet untuk MOT stamp duty, loan agreement stamp duty, legal fee, valuation, insurans/takaful dan buffer kecemasan.
Hantar harga rumah, anggaran gaji, komitmen bulanan dan kawasan hartanah. Adi bantu susun kiraan awal supaya keputusan lebih jelas sebelum masuk proses tawaran, booking dan SPA.
Hantar detail rumah anda dahulu. Saya bantu semak anggaran nilai pasaran dan cadangkan langkah yang lebih sesuai sama ada anda mahu jual sekarang, tunggu masa yang lebih baik atau susun strategi harga terlebih dahulu.