Harga terlalu jauh daripada bukti pasaran
Harga iklan jiran atau kos renovation belum tentu sama dengan nilai yang boleh dipertahankan kepada valuer dan bank.

Bank value tidak cukup berlaku apabila valuation yang diterima bank lebih rendah daripada harga jual rumah. Kesannya, jumlah pembiayaan pembeli mungkin tidak menutup harga persetujuan dan wujud cash gap yang perlu ditanggung. Sebelum terus turunkan harga, semak dahulu punca jurang, kekuatan pembeli dan julat nilai yang masih boleh dipertahankan.

Biasanya bukan kerana satu faktor sahaja. Adi pecahkan jurang nilai kepada tiga punca utama supaya pemilik tahu apa yang patut disemak sebelum mengubah harga.
Harga iklan jiran atau kos renovation belum tentu sama dengan nilai yang boleh dipertahankan kepada valuer dan bank.
Loan mungkin lulus, tetapi jumlah pinjaman lebih rendah. Pembeli yang tiada simpanan tambahan mudah tarik diri.
Tiada beza jelas antara harga iklan, harga rundingan dan harga minimum yang masih selamat untuk pemilik.
Contoh ini menunjukkan kenapa pembeli boleh kelihatan “layak”, tetapi masih tidak mampu meneruskan pembelian.
Katakan harga dipersetujui RM500,000 tetapi bank hanya menerima nilai RM460,000. Jika margin pembiayaan pembeli ialah 90% atas nilai tersebut, jumlah loan menjadi RM414,000. Pemilik dan pembeli perlu faham jurang ini sebelum urusan bergerak terlalu jauh.
Bila nilai bank lebih rendah daripada harga persetujuan, setiap keputusan memberi kesan kepada harga, kelayakan pembeli, deposit, rundingan dan kemungkinan transaksi selesai. Adi mengurusnya sebagai satu kes penuh — bukan menyerahkan pemilik untuk menyelesaikan sendiri selepas booking sudah masuk.
Bukan semua kes perlu turunkan harga. Tetapi semua kes perlu dibaca mengikut urutan yang betul.
Mulakan dengan transaksi setanding, jenis unit, lokasi mikro, tenure, lot, keadaan dan faktor yang benar-benar membezakan rumah.
Harga perlu ada struktur supaya rundingan tidak berlaku secara panik apabila valuation keluar lebih rendah.
Jangan tunggu pembeli terkejut selepas loan diproses. Angka tambahan tunai perlu difahami lebih awal.
Deposit, pendapatan, komitmen, jenis pembiayaan dan kesediaan tunai perlu sesuai dengan struktur transaksi.
Saiz, kedudukan lot, kondisi, renovation berkualiti, akses, kemudahan dan perbandingan unit setara perlu disusun kemas.
Sama ada teruskan harga, ubah positioning, runding, cari buyer lebih kuat atau semak pilihan pembiayaan yang sesuai dengan kes.
Matlamat bukan sekadar dapat booking. Matlamat ialah kurangkan kejutan selepas valuation, loan dan SPA sudah bermula.
Tiada janji kosong. Yang penting ialah tahu sama ada masalah itu kecil, boleh dirunding, atau memang perlu reposition.
Biasanya lebih mudah diurus melalui rundingan, deposit yang mencukupi dan positioning harga yang kemas.
Perlu semak semula buyer fit, bukti sokongan nilai, ruang harga dan pilihan pembiayaan yang benar-benar sesuai.
Memaksa harga biasanya mengecilkan kumpulan pembeli. Reposition mungkin lebih selamat daripada membiarkan rumah lama di market.
Nilai estetik dan kos renovation tidak semestinya diterima penuh oleh bank. Marketing perlu menjual fungsi, kondisi dan penjimatan kos masuk.
Itu penting apabila masalah bank value bercampur dengan baki loan, dokumen, buyer screening atau rumah yang sudah lama berada di pasaran.
Gunakan rujukan ini jika anda mahu faham beza nilai bank, harga pasaran, cara semak nilai dan strategi harga sebelum menjual.
Tidak semestinya. Semak dahulu saiz jurang, bukti transaksi, kekuatan rumah, profil pembeli dan kemampuan tunai. Jurang kecil tidak sama dengan harga yang terlalu jauh daripada pasaran.
Boleh dipertimbangkan mengikut kes, tetapi tiada jaminan bank lain akan memberi valuation lebih tinggi. Data rumah, panel valuer, polisi bank dan profil pembeli tetap memainkan peranan.
Renovation boleh menguatkan daya tarikan dan fungsi rumah, tetapi kos renovation tidak semestinya diterjemahkan sepenuhnya kepada nilai bank.
Harga iklan jiran ialah asking price. Ia belum membuktikan transaksi selesai, valuation diterima atau pembeli mampu membeli pada harga tersebut.
Lokasi atau taman, jenis rumah, saiz, tenure/status lot, kondisi, harga sasaran, baki loan dan apa-apa isu dokumen yang pemilik sudah tahu.
Hantar detail rumah anda dahulu. Saya bantu semak anggaran nilai pasaran dan cadangkan langkah yang lebih sesuai sama ada anda mahu jual sekarang, tunggu masa yang lebih baik atau susun strategi harga terlebih dahulu.