
Jangan tengok harga jual sahaja. Pemilik rumah perlu tahu berapa keuntungan bercukai, berapa anggaran CKHT dan berapa duit bersih yang mungkin tinggal selepas baki pinjaman serta kos jualan.
Ini soalan yang lebih penting. Harga iklan yang tinggi tidak semestinya bermaksud anda akan pegang tunai yang banyak selepas settlement.
Sebab itu Adi gunakan pendekatan numbers-first: nilai pasaran, baki loan, kos jualan, CKHT, keadaan dokumen dan kekuatan pembeli dibaca sekali sebelum strategi jualan dibuat.
Ramai pemilik tidak perlukan lebih banyak iklan. Mereka perlukan seseorang yang boleh menyusun harga, loan, kos, dokumen, pembeli dan proses transaksi supaya keputusan jual rumah lebih terkawal.
Dua soalan ini patut dijawab sebelum rumah masuk pasaran — bukan selepas pembeli sudah booking.
Harga bukan ditentukan semata-mata daripada listing jiran. Jenis rumah, transaksi sekitar, kondisi, saiz, status tanah, pembiayaan dan demand mikro perlu dibaca bersama.
Baki pinjaman, komisen, kos guaman, CKHT dan kos berkaitan dimasukkan dalam anggaran supaya pemilik nampak angka bersih lebih awal.
Harga yang cantik tidak berguna jika pembeli gagal loan. Kelayakan dan struktur pembiayaan perlu ditapis lebih awal.
Bank, peguam, consent, strata, LPPSA, pusaka atau isu dokumen disusun mengikut keadaan sebenar transaksi.
Untuk anggaran awal pemilik rumah, formula boleh dibaca secara mudah seperti di bawah. Pengiraan rasmi tetap bergantung kepada klasifikasi harga pelupusan, harga pemerolehan, kos sampingan dan pengecualian yang layak.
Penting: HASiL membezakan perbelanjaan berkaitan pelupusan, kos sampingan pemerolehan dan perbelanjaan tertentu yang tidak boleh diambil kira. Faedah pinjaman untuk membeli aset, contohnya, bukan potongan CKHT biasa.
Masukkan angka asas. Ini ialah kalkulator pendidikan untuk memberi gambaran awal sebelum angka sebenar disahkan melalui dokumen transaksi.
Anggaran CKHT
Masukkan harga jual dan harga beli untuk mula mengira.
Kalkulator ini tidak memasukkan pengecualian kediaman persendirian sekali seumur hidup, kerugian dibenarkan, pelupusan berbahagian, pusaka atau keadaan khas lain.
Untuk pengiraan awal individu dalam kategori Bahagian I, kadar semasa adalah seperti berikut.
Jangan samakan semua kategori. Syarikat Malaysia dalam Bahagian II dan bukan warganegara / kategori Bahagian III mempunyai struktur kadar yang berbeza, termasuk kadar 10% bagi keadaan tertentu selepas tempoh lima tahun.
Anggap seorang pemilik individu Malaysia membeli rumah pada RM350,000 dan menjualnya pada RM520,000.
Contoh ini bertujuan menerangkan aliran sahaja. Dalam fail sebenar, tarikh transaksi, kos yang dibenarkan, bahagian pemilikan dan pengecualian perlu disahkan.
Matlamatnya bukan menjanjikan semua kes mudah. Matlamatnya ialah mengenal pasti masalah lebih awal, susun pihak yang perlu terlibat dan kurangkan kejutan semasa transaksi.
Soalan yang lebih complete ialah: “Kalau saya jual pada harga ini, adakah deal boleh jalan dan berapa net cash saya?”
Adakah harga masuk akal berbanding transaksi dan persaingan kawasan?
Adakah pembeli mempunyai ruang loan yang cukup untuk harga tersebut?
Selepas loan, kos dan cukai, adakah angka bersih masih memenuhi objektif?
Ada isu geran, consent, pusaka, strata, penyewa atau dokumen lain?
Mulai 1 Januari 2025, BNCKHT untuk pelupusan tertakluk ACKHT dikemukakan secara elektronik melalui e-CKHT di MyTax.
Borang berkaitan pelupusan perlu dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan selepas tarikh pelupusan, lazimnya 60 hari.
Resit, invoice dan dokumen pengiraan perlu disimpan dengan kemas kerana ia menyokong angka yang digunakan dalam pengiraan.
Untuk anggaran mudah, mula dengan harga jual, tolak harga beli dan kos yang layak. Selepas itu ambil kira pengecualian yang layak sebelum keuntungan bercukai didarab dengan kadar CKHT mengikut kategori pelupus serta tempoh pegangan.
Tidak. CKHT berkaitan keuntungan daripada pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai, bukan semata-mata keseluruhan harga jual.
Untuk individu warganegara Malaysia / PR dalam kategori Bahagian I, kadar bagi tahun ke-6 atau seterusnya adalah 0% berdasarkan kadar HASiL semasa. Kategori lain boleh mempunyai kadar berbeza.
Sesetengah perbelanjaan yang benar-benar digunakan untuk menaikkan atau memelihara nilai aset dan memenuhi syarat boleh diambil kira. Simpan invoice, resit dan bukti bayaran untuk semakan.
Bagi individu yang layak, pengecualian asas ialah RM10,000 atau 10% daripada keuntungan yang boleh dikenakan cukai, yang mana lebih tinggi, tertakluk kepada peruntukan CKHT.
Ya, individu warganegara Malaysia atau pemastautin tetap boleh mempunyai pilihan pengecualian bagi satu kediaman persendirian tertakluk kepada syarat HASiL. Pemilihan tersebut mempunyai implikasi dan tidak patut dibuat tanpa memahami syaratnya.
Baki loan bukan formula keuntungan CKHT. Ia digunakan untuk menentukan tunai bersih pemilik selepas settlement. Sebab itu CKHT dan baki loan perlu dikira secara berasingan tetapi dibaca bersama.
Adi boleh membantu pemilik menyusun anggaran awal, harga jual, baki loan, dokumen dan seller net cash. Untuk taksiran cukai muktamad atau isu percukaian kompleks, pengesahan perlu dibuat dengan HASiL, peguam atau ejen cukai yang berkelayakan.
Kadar dan peraturan boleh berubah. Untuk keputusan cukai muktamad, gunakan dokumen transaksi sebenar dan rujuk sumber rasmi HASiL, peguam atau ejen cukai berlesen.
Hantar lokasi rumah, jenis rumah, tahun beli, harga beli, anggaran baki loan dan keadaan rumah. Adi bantu susun seller numbers dahulu supaya anda tidak masuk pasaran dalam keadaan masih meneka.
Anggaran CKHT ialah panduan awal dan bukan taksiran cukai rasmi. Jumlah sebenar bergantung pada dokumen, kategori pelupus, tarikh transaksi, pengecualian serta perbelanjaan yang diterima HASiL.
Hantar detail rumah anda dahulu. Saya bantu semak anggaran nilai pasaran dan cadangkan langkah yang lebih sesuai sama ada anda mahu jual sekarang, tunggu masa yang lebih baik atau susun strategi harga terlebih dahulu.