Bandar Baru Uda: Nilai kawasan bandar yang matang
Bandar Baru Uda sesuai untuk pembeli yang mahukan lokasi dekat bandar Johor Bahru, akses ke Larkin, Tampoi, Skudai, Danga Bay dan pusat komersial sekitar. Kawasan ini lebih matang, banyak rumah lama, dan nilai jualan sangat bergantung kepada condition rumah serta renovation.
- Sesuai untuk pembeli yang cari akses bandar dan kemudahan sedia ada.
- Rumah lama yang dijaga elok boleh dapat perhatian lebih cepat.
- Flat dan rumah teres 1 tingkat memberi pilihan harga lebih rendah berbanding kawasan premium moden.
- Strategi harga mesti tepat kerana pembeli akan bandingkan unit lama, unit renovated dan unit perlu repair.
