ADI ZAINI · REN27528 · OKTOBER 2026
Johor Property Advisory / Condominium Dossier

Jual Rumah Kondominium. 7 Strategi Terbaik Supaya Harga, Pembeli & Dokumen Tidak Merugikan Anda.

Jual rumah kondominium di Johor bukan sekadar mengambil gambar cantik dan menunggu pembeli. Kondominium boleh lama tidak terjual kerana persaingan projek, harga tidak realistik, bank value rendah, pembeli gagal pinjaman atau urusan strata yang belum jelas.

Adi Zaini membantu pemilik Johor membina strategi jual rumah kondominium berdasarkan nilai pasaran, kemampuan pembeli, keadaan unit, kedudukan kewangan dan proses sehingga penyelesaian.

Senior Negotiator REN27528 17+ Tahun Pengalaman Semak Nilai · Buyer · Strata · Jualan
The Selling Reality

Bangunan Premium Tidak Menjamin Unit Mudah Terjual.

Dua kondominium dalam kawasan yang sama boleh menerima respons pasaran berbeza. Malah dua unit dalam satu bangunan juga boleh berbeza dari segi harga, pemandangan, tempat letak kereta, keluasan dan kos pegangan.

Strategi jual rumah kondominium perlu dibina daripada unit sebenar — bukan persepsi mewah yang datang daripada gambar bangunan.

Jual rumah kondominium Johor Bahru - foto sebenar The Astaka Bukit Senyum dan kediaman bertingkat tinggi
THE ASTAKA, BUKIT SENYUM · JOHOR BAHRU. Foto sebenar oleh Lionel Lim, Wikimedia Commons. Sumber foto · CC BY 2.0 . Contoh konteks pasaran kediaman bertingkat tinggi Johor.
The Owner's Questions

Kenapa Pemilik Rumah Johor Wajib Pilih Adi?

Sebelum memilih orang untuk mengendalikan jual rumah kondominium, tiga perkara perlu jelas: siapa yang memahami masalah unit, siapa yang menjaga kedudukan kewangan pemilik, dan siapa yang boleh menyelaras urusan selepas pembeli ditemui.

01

Kenapa pemilik rumah wajib pilih Adi?

Kerana Adi tidak memulakan jual rumah kondominium dengan satu harga iklan semata-mata. Adi membantu menyemak nilai pasaran, bank value, persaingan dalam projek, baki pinjaman, kos penyelenggaraan dan kemampuan pembeli sebelum strategi harga ditentukan.

02

Kenapa pilih Adi berbanding hanya mencari ejen untuk iklan?

Adi menggabungkan pengalaman hartanah Johor dengan latar belakang perakaunan. Semakan angka, harga, pembiayaan, hasil bersih dan dokumen dijadikan sebahagian daripada rancangan jualan. Pembeli yang berminat juga perlu dinilai dari sudut kesediaan untuk meneruskan urusan.

03

Adakah Adi boleh selesaikan masalah kondominium saya?

Banyak masalah jual rumah kondominium boleh disusun apabila puncanya diketahui. Harga boleh diaudit, strategi pemasaran boleh diubah, pembeli boleh ditapis dan dokumen boleh diperiksa lebih awal. Namun perkara yang memerlukan keputusan bank, peguam, JMB, MC atau pihak berkuasa tetap tertakluk kepada pihak berkenaan.

The Adi Advantage

Kenapa Pilih Adi Untuk Jual Rumah Kondominium di Johor?

Sebab matlamat jualan bukan untuk membuktikan rumah mempunyai iklan yang menarik. Matlamatnya ialah membina harga yang boleh dipertahankan, menarik pembeli yang sesuai dan mengurangkan risiko urusan terhenti.

Adi Zaini, Senior Negotiator REN27528, mempunyai pengalaman lebih 17 tahun dalam pasaran hartanah Johor serta latar belakang bidang perakaunan.

Apabila pemilik mahu jual rumah kondominium, Adi memberi perhatian kepada beberapa angka penting: nilai transaksi sebanding, harga unit pesaing, baki pinjaman, tunggakan maintenance, kos jualan dan anggaran tunai bersih.

Ini penting kerana pemilik boleh menerima tawaran yang kelihatan tinggi tetapi akhirnya mendapati baki tunai tidak mencukupi untuk tujuan seterusnya.

Adi juga membantu menyusun pemasaran, semakan awal pembeli, rundingan dan penyelarasan pihak bank, penilai, peguam serta pengurusan bangunan.

Harga, pembeli dan dokumen perlu bergerak sebagai satu urusan — bukan tiga masalah yang hanya diselesaikan selepas booking.

17+ Tahun Pengalaman urusan hartanah Johor.
2,500+ Pemilik dibantu dengan urusan dan semakan.
1,000+ Pengalaman urusan transaksi hartanah.
REN27528 Senior Negotiator berdaftar.
A Different Selling Perspective
“Jual Rumah Kondominium Bukan Tentang Siapa Paling Banyak Iklan. Ia Tentang Kenapa Pembeli Patut Pilih Unit Anda.”

Bila satu bangunan mempunyai banyak unit dengan layout hampir sama, pembeli mudah membandingkan harga, tingkat, view, parking, furnishing dan maintenance. Unit yang tidak mempunyai kelebihan jelas boleh terus tenggelam walaupun berada di lokasi strategik.

Condominium Selling Diagnosis

7 Masalah Jual Rumah Kondominium Yang Perlu Diselesaikan Sebelum Tambah Iklan.

Masalah sebenar tidak semestinya pada keadaan rumah. Ada kes berpunca daripada harga, pembeli, kewangan atau dokumentasi. Adi mengenal pasti bahagian yang menghalang transaksi supaya tindakan tidak dibuat secara membuta tuli.

01 / Kondominium lama tak terjual

Apabila listing terlalu lama berada di portal, pembeli mungkin sudah melihat unit sama berulang kali. Semak sama ada harga tidak kompetitif, foto kurang meyakinkan atau kelebihan unit belum diterangkan dengan baik.

Tindakan Adi: Audit harga, pesaing dan susunan pemasaran.

02 / Pembeli gagal loan

Enquiry yang banyak tidak sama dengan pembeli yang layak. Pendapatan, komitmen, deposit, margin pembiayaan dan status pinjaman perlu diperiksa melalui saluran yang sesuai.

Tindakan Adi: Buyer screening dan semakan kemampuan awal.

03 / Bank value lebih rendah

Dalam jual rumah kondominium, bank value yang tidak menyokong harga boleh menyebabkan pembeli memerlukan tunai tambahan. Jika dana itu tidak tersedia, transaksi boleh gagal walaupun pembeli bersetuju dengan harga.

Tindakan Adi: Semak risiko valuation dan ruang rundingan.

04 / Maintenance tertunggak

Yuran penyelenggaraan, sinking fund, penalti dan special levy perlu disahkan melalui penyata pihak pengurusan. Jumlah ini mempunyai kesan kepada hasil bersih dan kelancaran dokumentasi.

Tindakan Adi: Dapatkan jumlah sebenar dan susun kaedah penyelesaian.

05 / Strata title belum sempurna

Strata title, master title, MOT atau assignment boleh mempengaruhi urutan dokumen. Peguam perlu menentukan proses yang sesuai berdasarkan keadaan sebenar hakmilik.

Tindakan Adi: Audit dokumen dan penyelarasan bersama peguam.

06 / Unit masih berpenyewa

Menjual unit berpenyewa memerlukan penyelarasan viewing, tenancy agreement, deposit dan syarat penyerahan. Pembeli pelaburan dan pembeli untuk duduk sendiri mungkin mempunyai jangkaan berbeza.

Tindakan Adi: Susun strategi pembeli dan terma serahan.

07 / Baki pinjaman tinggi

Harga yang dicapai belum tentu memberi lebihan tunai mencukupi. Pemilik perlu mengambil kira redemption bank, fi transaksi, cukai jika terpakai dan caj yang berkaitan.

Tindakan Adi: Kira kedudukan kewangan sebelum tawaran dipersetujui.
NAPIC / Johor Property Market 2026

Data Pasaran 2026 Yang Pemilik Kondominium Johor Perlu Faham.

Sebelum jual rumah kondominium, lihat konteks pasaran yang lebih luas. Angka transaksi dan stok tidak terjual membantu memahami tahap persaingan, tetapi tidak boleh digunakan terus sebagai valuation untuk satu unit tertentu.

17,871

Transaksi kediaman Johor dalam H1 2026, melibatkan pelbagai jenis rumah.

−15.1%

Perubahan bilangan transaksi kediaman Johor berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

10,329

Unit pangsapuri khidmat/SOHO siap dibina belum terjual di Johor mengikut laporan wilayah selatan H1 2026.

Sumber: NAPIC / JPPH,

Views: 7