Kaveat Tanah Johor
Maksud, kesan kepada urusan jual beli dan langkah penting yang perlu diketahui oleh pemilik hartanah di Johor.

Kaveat Tanah Johor: Maksud, Fungsi, Tempoh & Cara Buang Kaveat (Panduan Lengkap 2026)
Isu kaveat tanah Johor semakin kerap berlaku, terutamanya dalam kes jual beli rumah, harta pusaka dan pinjaman persendirian.
Ramai pemilik hartanah hanya menyedari kewujudan kaveat apabila:
Rumah tidak boleh dijual
Bank menolak pinjaman
Geran disekat urus niaga
Sebagai pengendali kes hartanah, saya telah beberapa kali mempertahankan dan membuang kaveat tanah melalui permohonan Mahkamah, dan kebanyakannya memihak kepada klien.
Masalah kaveat tanah Johor boleh menyebabkan transaksi hartanah tergendala berbulan-bulan. Oleh itu, memahami prosedur kaveat tanah Johor sangat penting sebelum mengambil tindakan undang-undang.
Jadi, apakah sebenarnya kaveat tanah dan bagaimana cara membuangnya?
Apakah Maksud Kaveat Tanah atau ‘Private Caveat’?
Kaveat tanah atau private caveat ialah satu instrumen undang-undang yang boleh difailkan di Pejabat Tanah untuk menghalang pemilik berdaftar daripada berurusan dengan hartanah tersebut.
Apabila sesuatu hartanah dimasukkan kaveat:
Pemilik tidak boleh menjual hartanah
Tidak boleh menyewakan
Tidak boleh mencagarkan kepada bank
Tidak boleh memindah milik kepada pihak lain
Secara mudahnya, hartanah tersebut menjadi “beku” sehingga kaveat ditarik balik atau dibatalkan oleh Mahkamah.
Siapa Yang Boleh Masukkan Kaveat Tanah?
Ramai tidak tahu bahawa seseorang boleh memasukkan kaveat tanah sekiranya mempunyai asas tuntutan yang sah.
Secara umum, terdapat dua (2) kategori tuntutan utama:
1️⃣ Tuntutan Hakmilik Terhadap Hartanah
Contohnya:
Anda telah membeli rumah
Deposit telah dibayar
Pinjaman bank telah diluluskan dan disburse
Tetapi penjual enggan menandatangani Borang 14A untuk pindah milik
Dalam situasi ini, pembeli boleh memasukkan kaveat tanah untuk melindungi haknya sementara kes dibawa ke Mahkamah.
2️⃣ Tuntutan Kepentingan (Interest) Atas Hartanah
Contoh kes:
✔ Waris ingin menuntut hak atas harta pusaka
✔ Pentadbir pusaka ingin menjual tanpa persetujuan waris
✔ Pemberi pinjam wang meletakkan hartanah sebagai cagaran
Dalam keadaan ini, kaveat tanah bertindak sebagai benteng pertahanan sementara sebelum tindakan Mahkamah dimulakan.
Berapa Tempoh Sah Kaveat Tanah?
Ramai menyangka kaveat boleh kekal selama-lamanya.
Hakikatnya, suatu kaveat tanah akan terbatal secara automatik selepas Enam (6) Tahun dari tarikh difailkan.
Namun begitu, Mahkamah boleh membatalkan kaveat lebih awal jika:
Tiada tindakan undang-undang dimulakan
Tiada asas tuntutan kukuh
Pihak yang memasukkan kaveat gagal membuktikan kepentingan sah
Seperti pepatah Latin:
Vigilantibus non dormientibus jura subveniunt
Undang-undang membantu mereka yang berjaga, bukan yang lalai terhadap hak mereka.
Maka, jika anda memasukkan kaveat tanah, tindakan Mahkamah perlu difailkan tanpa berlengah.
Cara Buang Kaveat Tanah di Johor
1. Permohonan di Pejabat Tanah
Pemilik berdaftar boleh memohon kepada Pendaftar Hakmilik untuk membantah kaveat tersebut.
Namun, jika pihak yang memasukkan kaveat mempertahankannya, kes mungkin dirujuk ke Mahkamah.
2. Permohonan di Mahkamah
Cara paling berkesan ialah melalui permohonan pembatalan kaveat di Mahkamah.
Mahkamah akan menilai:
Adakah kaveat dimasukkan dengan niat baik
Adakah wujud kepentingan sah
Adakah ia sekadar menyekat urusan secara tidak wajar
Jika tiada asas kukuh, Mahkamah boleh mengarahkan kaveat tanah dibuang serta-merta.
Kesan Kaveat Terhadap Urusan Jual Beli Hartanah
Apabila sesuatu hartanah dimasukkan kaveat:
Urusan jual beli tidak boleh diteruskan
Bank tidak akan meluluskan pinjaman
Proses pindah milik tergendala
Nilai pasaran boleh terjejas
Sebagai ejen hartanah dan pengendali kes hartanah, saya sering melihat transaksi tertangguh berbulan-bulan hanya kerana isu kaveat tanah yang tidak diselesaikan lebih awal.
Berapa Kos Buang Kaveat Tanah?
Kos bergantung kepada:
Kompleksiti kes
Sama ada dibawa ke Mahkamah
Tempoh perbicaraan
Dokumen dan affidavit diperlukan
Secara umum, kes Mahkamah memerlukan khidmat peguam dan kos profesional akan terlibat.
Namun, membiarkan kaveat tanpa tindakan boleh menyebabkan kerugian jauh lebih besar — terutama jika rumah hendak dijual segera.
Perlukah Menggunakan Khidmat Peguam?
Jawapannya: Ya, sangat digalakkan.
Isu kaveat tanah melibatkan:
Prosedur Mahkamah
Dokumen undang-undang
Hujahan perundangan
Risiko kos dan masa
Seorang peguam berada dalam posisi terbaik untuk:
✔ Memberi nasihat strategik
✔ Menilai kekuatan kes
✔ Memfailkan permohonan pembatalan
✔ Mengelakkan kerugian lebih besar
Seperti pepatah Melayu, malu bertanya sesat jalan.
It never hurts to ask.
Kesimpulan
Kaveat tanah ialah instrumen penting dalam melindungi hak dan kepentingan terhadap hartanah. Namun, ia juga boleh menjadi penghalang besar dalam urusan jual beli jika tidak diurus dengan betul.
Sama ada anda ingin:
Memasukkan kaveat tanah
Mempertahankan kaveat
Atau membuang kaveat yang tidak berasas
Dapatkan nasihat profesional sebelum membuat tindakan.
Soalan Lazim Tentang Kaveat Tanah Johor
Adakah semua kaveat sah?
Tidak. Kaveat mesti disokong dengan kepentingan sah.
Boleh tak jual rumah jika ada kaveat?
Tidak boleh selagi kaveat belum dibuang.
Berapa lama proses buang kaveat?
Bergantung kepada kes, biasanya beberapa bulan jika melalui Mahkamah.
Boleh masukkan kaveat tanpa peguam?
Secara teknikal boleh, tetapi sangat berisiko tanpa nasihat profesional.
Baca juga panduan lanjutkan tempoh pajakan tanah di Johor untuk faham isu geran dan sekatan kepentingan.
Link Rasmi Berkaitan Kaveat Tanah Johor
1️⃣ Portal Rasmi Pejabat Tanah & Galian Johor
Pejabat Tanah dan Galian Johor
2️⃣ Borang & Urusan Pejabat Tanah Johor
https://ptj.johor.gov.my/galeri/e-borang/
3️⃣ Rujukan Undang-Undang (Kanun Tanah Negara)
Kanun Tanah Negara
https://lom.agc.gov.my/act-view.php?type=public&lang=BI&no=56
