Bila pembeli masuk rumah yang bersih, cerah dan kemas, mereka
kurang rasa bahawa banyak kos perlu dikeluarkan selepas menerima
kunci. Itu membantu perceived value rumah.
Dalam pemasaran, kesannya boleh muncul melalui foto yang lebih
menarik, viewing yang lebih positif dan kurang objection terhadap
kondisi kosmetik rumah.
Tetapi market value dan bank value masih perlu melihat perkara
yang lebih besar seperti transaksi rumah sejenis, lokasi,
saiz tanah, built-up, pegangan, kondisi fizikal dan permintaan pasaran.
Jadi, jika owner membelanjakan RM5,000 untuk cat,
itu tidak bermaksud market value automatik bertambah RM5,000.